salam..
sedar x sedar dah 52 tahun negara kita merdeka..dan buat pertama kalinya dalam hidup aku n mungkin juga korang, kemerdekaan di sambut pada bulan ramadhan almubarak.. alhamdulillah, semua sambutan merdeka di seluruh negara di sambut dengan penuh kesederhanaan..bagi aku, cara ni lebih baik kot..jimat duit gomen..xde laa membazir sangat..duit tu banyak lagi bleh disalurkan ke mana2 yang memerlukan..kan..
sempena merdeka nie, aku nak tanya korang.. apakah pengertian merdeka bagi korang selain dari kibar2 bendera n etc..? sama2 laa kita memikirkan betapa pentingnya kemerdekaan ini secara keseluruhannya..bukan setakat sejarah negara kita di jajah, tetapi juga pemikiran kita n anak2 bangsa sekarang..
dan, bersama2 laa kita menyumbang sesuatu pada negara kita..sbb kita ni laa yang byk menghabiskan duit gomen..kan..heheh.. elaun, makan minum, tmpt tinggal dan yang sewaktu dengannya..TERIMA KASIH MALAYSIA..Satu Malaysia, Rakyat Di dahulukan, Pencapaian Di utamakan..
Monday, August 31, 2009
pengertian merdeka..
Posted by K.I.T.A at 8:11 PM 0 comments
Labels: mya skema
Thursday, August 20, 2009
Salam Ramadhan
puh..puh…dah bersawang dah blog nie..rasanya dah berbulan2 aku x post apa2 pun kat sini..jarang nak bertandang, kalau bertandang pun post kat shoutout je…byk kali dah terniat di hati aku nak mengadakan sesi taip menaip kat cni tapi xmenyempat2..bukan nya bz, Cuma aku kot yang gagal dalam pengurusan masa…hehehe
assalamualaikum dan salam sejahtera kengkawan..
aku harap semuanya dalam keadaan yang sihat dan baik belaka..ada yg tambah gebu, comel montel ensem lawa macho agaknye korang skrg nie kan..diam x diam, esok dh nak menyambut ramadhan dah…teringat pulak kita sibuk memilih tempat nak berbuka puasa reramai..best kan..hehe tu blum cukup merungut tentang makanan d.m..seingat aku, kurma d.m la yang selalu ‘terkumpul’ kat bilik noe(port berbuka aku)..aku ingat lagi masa 1st time puasa kat sepang, aku cukup teruja ngan air bunga yang jual ngan bunga2 skali tu(home made),kat cni xde jual yang mcm tu, yang ada pun Cuma dalam kotak atau tin yg mmg dah biasa aku beli.aku ngepau kengkawan belikan aku air bunga..pantang jumpa kengkawan kat bbst, sumanya aku pesan suh belanja air bunga..bila dh time nak berbuka, sorang demi sorang ketuk bilik aku bagi air bunga..sampai 7 bungkus semuanya…hahah..pada kengkawan yang belanja aku tu, aku ucapkan bebanyak terima kasih yang tak terhingga..memang dahsyat aku nak habiskan air bunga tu..sampai kembung2 perut..tu yang xreti2 nak kurus sampai skrg..hehehe
ok..aku dh nak blah..pada korang2 semua, aku ucapkan salam Ramadhan dan jalani lah ibadah puasa ini dengan penuh keikhlasan… kat bawah ni aku post skali ganjaran tarawih untuk korang...
Malam : 1 : Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam : 2 : Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam : 3 : Berseru Malaikat di bawah Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam : 4 : Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam : 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam : 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Mamur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.
Malam : 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.
Malam : 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.
Malam : 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam : 10 Allah Subhanahuwataala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam : 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam : 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam : 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam : 14 : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam : 15 : Semua Malaikat yang menanggung Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam : 16 : Allah subhanahuwataala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam : 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam : 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam : 19 Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam : 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam : 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam : 22 Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam : 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam : 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam : 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam : 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam : 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam : 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam : 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam : 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaKu : makan!"
Posted by K.I.T.A at 10:28 PM 0 comments
Wednesday, August 19, 2009
aiii kwn2
lama tk tulis ape2 kt dalam nie..
aritu aku dh gi interview kt jmti tuk msuk ciast,alhamdulillah suma dh satel...
sempat gak aku call seseorg tuk bg semangat...dia kwn2 kita gak...cuba teka sape dia????????
Posted by K.I.T.A at 1:22 AM 0 comments
Labels: kurt_naruto